MOHON ANSURAN BERSAMA CHAN

chan kredit express

Hanya langkah-langkah mudah sahaja, anda mampu memiliki promosi hebat bersama Chan. Harga berbaloi dan berkualiti.

Setiap permohonan adalah dikendalikan oleh Bahagian Kredit Syarikat Chan Furniture (M) Sdn Bhd 

dan tidak melibatkan sebarang bank atau syarikat pinjaman. 

Kelulusan pembelian ansuran adalah bergantung kepada kelayakan individu.

TANPA DEPOSIT untuk PROMOSI PERABOT.

Tempoh bayaran
24 bulan (perabot/barangan elektrik)
12/18/24 bulan (Gadget IT)

SEDIAKAN DOKUMEN PENTING

 bekerja / berpendapatan tetap: 

  • MyKad Asal (Jika berkahwin, perlu ada salinan MyKad pasangan)

  • 3 bulan Penyata Gaji / Baucer Tunai untuk Gaji Tunai atau Gaji Harian Terkini 

  • Penyata KWSP Terkini 

  • Bil Elektrik/Air terkini untuk pengesahan alamat.​

  • Rujukan. (Pasangan/Keluarga yang Bekerja)

  • Peta Kg Asal/penghantaran (untuk permohonan di cawangan)

 berniaga sendiri: 

  • MyKad Asal (Jika berkahwin, perlu ada salinan MyKad pasangan)

  • SSM syarikat /Lesen Perniagaan/Lesen MPOB (3 muka surat - nama, tarikh daftar & pembaharuan)

  • Penyata Bank terkini

  • Bil Elektrik/Air terkini untuk pengesahan alamat.

  • Rujukan. (Pasangan/Keluarga yang Bekerja)

  • Peta Kg Asal/penghantaran (untuk permohonan di cawangan)

Kepada permohonan yang telah lulus, anda diminta membawa semua dokumen yang dinyatakan di atas & RM11(yuran pemprosesan) ke cawangan yang terdekat untuk pengesahan terakhir.

jom

mohon online

1. Lengkapkan BORANG A pemohon Sabah & Sarawak ATAU BORANG B untuk pemohon Semenanjung Malaysia.


**Emel adalah WAJIB diisi. 

 

2. Memuat turun BORANG CRIS/CTOS  dan WAJIB ditandatangani oleh pemohon sebelum dimuat naik balik ke borang pemohonan online.


Tekan sini untuk mendapatkan borang CRIS/CTOS.

 

3. Sila pastikan semua dokumen lengkap untuk proses permohonan yang cepat.

4. Jika promosi yang diminati tiada dalam senarai, sila rujuk dengan cawangan terdekat kami. WHATSAPP CAWANGAN

5. Permohonan akan diproses dalam masa 24 jam waktu bekerja. Pelanggan akan dihubungi oleh pihak kawalan kredit kami. 

6. Pihak kawalan kredit kami akan maklumkan kepada pelanggan keputusan lulus/ditolak.
 

Permohonan lulus 

1. Cawangan dimaklumkan melalui email untuk tindakan susulan selanjutnya. 

2. Jurujual akan hubungi pelanggan. 
3. Pelanggan datang ke kedai untuk mengisi borang serta bayar yuran pemprosesan RM11 (pelanggan baru).

Maklumat tidak sah/pelanggan tidak dapat dihubungi.
1. Kes akan ditutup selepas 3 hari bekerja jika masih tiada maklumbalas daripada pelanggan. 

jom

mohon

di cawangan

1. Pelanggan membawa semua dokumen penting ke mana-mana cawangan terdekat kami.

 

2. Jurujual kami akan memberi panduan tentang cara mengisi borang

2. Pelanggan mengisi borang disertakan dengan dokumen sokongan dan yuran pemprosesan RM11 (pelanggan baru).

3. Borang akan dihantar oleh jurujual bahagian kawalan kredit.

4. Permohonan akan diproses dalam masa 24 jam waktu bekerja. Pelanggan akan dihubungi oleh pihak kawalan kredit kami. 

5. Jika borang yang diisi tidak lengkap, jurujual kami akan hubungi pelanggan semula. 

6. Jika borang yang diisi lengkap, pihak kawalan kredit kami akan maklumkan pelanggan keputusan lulus/lulus bersyarat/ditolak.
 

Permohonan lulus/lulus bersyarat

1. Pihak kredit kawalan kami akan maklumkan kepada cawangan dan pelanggan.
2. Cawangan akan dimaklumkan melalui email untuk tindakan susulan selanjutnya. 

Maklumat tidak sah/pelanggan tidak dapat dihubungi.
1. Kes akan ditutup selepas 3 hari bekerja jika masih tiada tindakan susulan daripada pelanggan. 

2. Cawangan akan dimaklumkan melalui email untuk tindakan susulan selanjutnya. 

PEMBAYARAN MELALUI JOMPAY

1. Log masuk ke akaun internet banking online anda. (Maybank2u, Pbe atau mana-mana bank yang menawarkan perkhidmatan Jompay)
 

2. Pilih menu pembayaran.
 

3. Pilih Jompay.
 

4. Masukkan maklumat seperti berikut:
 

Biller code: 31120
Ref-1: (No Invoice) 
Ref-2: (No Telefon)


 5. Sila pastikan maklumat yang anda masukkan adalah betul sebelum membuat pengesahan dengan Kod TAC yang dihantar oleh bank.
 

6. Resit pembayaran di emel atau Whatsapp kepada pegawai bertugas Bahagian Kredit kami untuk menunjukan bukti pembayaran. 

BESTNYA! Tak perlu datang cawangan lagi semata-mata untuk membuat pembayaran ansuran. 

 BANK-BANK YANG MENAWARKAN perkhidmatan JOMPAY